Sumbangan Amat Diperlukan Untuk Siapkan Sekolah Darul Ilmi, Sabah


 KENINGAU -  Orang ramai diseru supaya menghulur sumbangan yang amat diperlukan untuk menyiapkan bangunan tambahan Sekolah Rendah Islam Darul Ilmi yang terletak di sini.

Mudirnya, Ustaz Abdul Hisyam  Othman berkata bangunan tersebut akan menempatkan dua buah kelas, satu bilik pengurusan, satu bilik guru, tandas dan ruang dapur .

"Saya dengan rendah hati memohon sumbangan para dermawan semua untuk menyiapkan bangunan tahfiz ini yang memerlukan hampir RM60,000  hingga RM70,000 kerana pelajar sudah menunggu untuk kemasukan, " 

" Jika siap bangunan ini boleh menempatkan 30 pelajar tahfiz untuk satu satu masa., " ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah. 

Rayuan  Yang Dipertua PAS(YDP) Keningau  itu juga disampaikan kepada  rombongan Petubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Aktivis Media Inspirasi(KAMI) ke Sabah untuk menyempurnakan ibadah korban  di sini pada 3 Julai  lalu. 


Sehubungan dengan itu Ketua Kluster Kebajikan, KAMI, Azizah Mahmood yang menyertai rombongan tersebut berkata sekolah tersebut dimiliki oleh PAS Kawasan Keningau itu yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar  menjadi tapak lawatan pertama team KAMI pada 1 Julai 2023 dalam misi korban dan dakwah kali ini.

"Sekolah ini pernah kami lawati pada misi korban tahun lepas 2022, ayuh  rakyat Malaysia yang prihatin bersama  membantu menyiapkan tahfiz ini, semoga pahalanya mengalir pada kita yang bantu memudahkan urusan pembinaan nya," katanya. 

Sumbangan boleh ke akaun KAMI,  Kelab Aktivis Media Inspirasi Terengganu, RHB Bank dengan no. akaun 21306160028550 atau boleh hubungi Puan Azizah Mahmood di talian 0169214146 untuk sebarang pertanyaan.

Ulasan