Tangguh Projek Mega: Kerajaan PAS Betul!



"Kalau ada lagi bas amfibia itu letak di Jambatan Angkat, pamer kat situ sebelum PRN ni,
KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan PAS Terengganu tidak melaksanakan sebarang projek mega, sebaliknya meneruskan dan membaik pulih pembangunan kerajaan sebelumnya adalah satu langkah yang tepat. 

Mantan Exco Kerajaan Terengganu YB Dato' Rosol Wahid kesal kerana pentadbiran lalu sering membatalkan projek Menteri Besar Umno pendahulu mereka demi untuk 'legasi'. 

"Saya kecewa kepada kerajaan Umno-BN sebelum ini, waktu zaman Idris buat Taman Ilmu habis ratusan juta, mari Mad Said dia batal dan buat projek Pembangunan Tasik Kenyir,

"Ahmad Said pula habis juta-juta pulak buat Pulau Bebas Cukai Pulau Bayas, mari Razif dia batal pula, buat projek lain pulak," jelasnya ketika ditemui semalam. 


Beliau turut menzahirkan rasa dukacita apabila kerajaan Umno-BN lalu, membazirkan jutaan ringgit duit rakyat membeli 'bas dua alam'. 

"nyelam dalam air sekali, punoh tak boleh pakai, bukan murah RM2 juta sebutir," tegasnya. 

Oleh itu, beliau mencadangkan agar semua projek membazir kerajaan Umno-BN itu dipamerkan, sebagai satu teladan tidak baik. 

"Kalau ada lagi bas amfibia itu letak di Jambatan Angkat, pamer kat situ sebelum PRN ni, 

"biar rakyat tengok pembaziran yang dibuat Umn-BN,"kata beliau. 


Ulasan