Tiada Sebab Tukar Kerajaan Hari Ini

 


KUALA TERENGGANU -  Tidak ada sebab kepada rakyat negeri Terengganu untuk menjatuh atau menukar kerajaan yang diterajui PAS hari ini, kerana banyak kejayaan yang telah diraih sejak lima tahun lalu.

Sebaliknya, Bendahari PAS Terengganu, Dato Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Umno dan BN telah melakukan banyak penyelewengan dan kezaliman kepada rakyat sepanjang mereka memerintah sebelum ini. 

"Adakah kita nak biarkan kepimpinan negeri Terengganu ini akan diurus semula oleh golongan yang pernah membazir, pernah melakukan projek terbengkalai, 

"pernah melakukan kezaliman dan pernah melakukan pelbagai penyelewengan di dalam pemerintahan ini," soal beliau. 


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Malam Kesenian Islam sempena Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini semalam.

Timbalan Yang Dipertua PAS Marang itu, turut melahirkan kesyukuran kerana kerajaan negeri yang ada pada hari ini sedang bergerak di atas landasan yang tepat. 

"kita mengajak rakyat kepada agama, mengajak rakyat melaksanakan perintah Allah, mengajak negeri ini diurus berasaskan agama Allah SWT, 

"PAS ditubuhkan dan PAS terus berjuang serta bergerak dan PAS telah membuktikan pemerintahannya di negeri Terengganu bagi merealisasikan apa yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran," tegasnya.



Ulasan