Umno Khianat!

 


DUNGUN - Umno telah mengkhianati rakyat Terengganu apabila menukarkan status tanah tapak rumah kepada pertanian setelah mengambil alih kerajaan pada 2004.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Cikgu Alias Harun berkata, status tanah yang terdapat di belakang Sekolah Menengah Padang Pulut

pada 2003 adalah tanah tapak rumah.

"Memandangkan kerajaan Terengganu yang diterajui oleh PAS memikirkan rakyat sangat memerlukan tanah untuk mendirikan rumah, jadi tanah tersebut hendak diberikan kepada rakyat, tetapi kita tidak sempat berbuat demikian,

"Bila Umno-BN menjadi kerajaan, mereka ambil balik, lepas itu menukarkannya menjadi tanah pertanian,  membahagi-bahagikann kepada 'orang - orang dia' sahaja, seekar seorang." jelasnya. 

Cikgu Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Markas  Pilihan Raya PAS Unit Daerah Mengundi Mengundi(UDM) Taman Permint Indah di sini pada 10 Julai lalu.

Oleh itu, apa yang kita lihat sekarang, kata beliau, tanah tersebut menjadi tanah komersial dan ada yang tidak diusahakan kerana  tidak sesuai sebagai tanah pertanian.

Menurutnya manifesto yang pertama PAS ketika PRU14 ialah mengembalikan tanah yang dirampas oleh Umno. 

Katanya, PAS prihatin dan bersimpati kepada peserta 'terkilan' yang tidak sempat memiliki tanah Rancangan Berkelompok (RTB) itu. 

"Sepanjang lima tahun ini, Borang 5A  telah diserahkan kepada seramai 386 orang untuk tapak rumah terkilan, 1161 orang  Tanah Tapak Rumah Awam dan 346 orang untuk tanah pertanian, 

"maknanya  kita bukan cakap saja tetapi kita buat, Borang 5A diberi kepada  penerima tanah, setelah mereka menjelaskan premium tanah, mereka akan dapat geran yang menandakan tanah itu milik mereka," ujarnya lagi.


Ulasan