Umno Kini Hanya Jadi Pengikut

 


DUNGUN - Dulu Umno merupakan parti yang memimpin negara tetapi kini mereka hanya menjadi pengikut dalam pakatan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan(BN-PH).

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata sehinggakan mereka sanggup menyuruh penyokong Umno untuk mengundi DAP dalam Pilihan Raya Negeri ke 15(PRN15 nanti.

"Bila pemimpin DAP berkata parti BN, Umno lah yang paling korup, mereka(orang Umno) diam tidak berani untuk bersuara, inilah akibat daripada berbutir suatu ketika dahulu hendak jadi pemimpin, tetapi kini hanya mampu jadi pengikut," katanya.

Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas Pilihan Raya PAS Unit Daerah Mengundi(UDM) dalam DUN Rantau Abang  lalu di sini pada 10 Julai lalu.

Turut berucap Ketua Penerangan PAS Dungun, Naraza Muda, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) DUN itu, Cikgu Alias Harun dan Pengarah Pilihan Raya DUN, Wan Mazli Wan Dagang.

Sebelum itu, Ustaz Wan Mazli berkata menerusi tawaran PAS pada PRU14 iaitu kerajaan memperuntukkan RM300 bermakna anak-anak muda mengambil lesen motosikal secara percuma telah berjaya dilaksanakan 

"Senerio hari ini sokongan  anak-anak muda  kepada PAS dan kita mengharapkan fenomena ini diteruskan sehingga pada 12 Julai ini, Pilihan Raya Umum ke 15 nanti," ujarnya.

Ulasan