Zahid Menipu


 KUALA TERENGGANU - Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah menipu apabila mengeluarkan kenyataan Kerajaan PAS Terengganu tidak memberikan duit bantuan banjir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Terengganu juga tidak menggunakan peruntukan Kerajaan  sebagaimana yang didakwa pemimpin UMNO itu.

Kerana peruntukan banjir tidak pernah masuk ke dalam akaun Kerajaan negeri sebaliknya didalurkan melalui  Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Agihan bantuan banjir juga tidak melibatkan Kerajaan negeri.

"Bantuan Kerajaan negeri yang telah diagihkan berjumlah RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada duit kerajaan negeri Dan bukannya persekutuan," ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Tegasnya, apa yang berlaku sebenarnya Kerajaan Persekutuan yang tidak agihahkan bantuan berkenaan ke banyak tempat termasuk Daerah Besut yang merupakan kawasan utama terlibat banjir.

Katanya, Kerajaan negeri sebenarnya telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Yang lain, Kerajaan negeri sedang tunggu duit petroleum (royalti) yang merupakan hak Terengganu dari Persekutuan yang tidak diberikan mengikut jadual kepada Kerajaan negeri," ujarnya.

Bagi membuktikan Zahid berbohong pihaknya sedia bersemuka dengan Presiden UMNO tersebut.

"Saya (selaku) EXCO Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dan Zahid Menteri KKDW (Kementeria Kemajuan Desa dan Wilayah) atas dasar portfolio yang sama.

"Saya sedia jumpa berdepan, 'anytime' untuk menegaskan bahawa beliau telah berbohong," tegasnya lagi.

Ulasan