20 Manifesto Tambah Tawaran 10 Tawaran Baharu

 


KUALA TERENGGANU - 10 tawaran perkara baharu diumumkan PAS yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15 (PRN15)  merupakan tambahan kepada 20 manifesto yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dato' Dr Alias Razak berkata, beliau menjelaskan perkara tersebut, menunujukkan kesungguhan dan komitmen PAS dalam memastikan janji sebelum ini terus ditepati serta tawaran baharu direalisasikan demi kepentingan rakyat.

"Saya ingin menjelaskan di sini agar tidak timbul kekeliruan seolah-olah bila diumumkan 10 tawaran  manifesto yang telah dilaksanakan pada penggal yang lalu dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya kita akan teruskan.

"Semua telah maklum tentang manifesto yang telah dilasaksanakan yang baru pun telah diketahui, apa yang rakyat Terengganu perlu faham ini akan menjadikan 20 tambah 10.

"Jadinya 30 manifesto ini kita akan laksanakan untuk tempoh masa lima tahun yang akan datang," ujarn Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, pada sidang medianya, di Pusat Media PAS, di sini, pada Rabu 9 Ogos.

Tambah beliau, dengan kecemerlangan serta prestasi ditunjukkan sebelum ini diyakini PAS akan terus mendapat sokongan rakyat.

"Tiada sebab kenapa rakyat Terengganu hendak menolak kita, kerana kita telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, satu komitmen yang tinggi dan amanah dalam menunaikan segala janji-janji kita tiada termasuk yang akan dilaksanakan nanti.

"Apa yang kita tawarkan ini telah dibuat kajian berdasarkan kewangan, kemampuan jadi 10 yang dijanjikan ini akan dapat dilaksana serta direalisasikan," ujarnya.

Ulasan