64 Peguam Dilantik Bantu PAS/PN Terengganu

 


KUALA TERENGGANU – Seramai  64 peguam daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menerima watikah perlantikan bagi membantu jentera pilihanraya PN. 

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Terengganu, Kamaruzaman Ab Wahab berkata, mereka diberikan tanggungjawab untuk menguruskan calon-calon mereka dalam Pilihanraya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.

“Majlis ini adalah satu penghargaan kepada peguam-peguam daripada PAS dan BERSATU yang telah memberikan sumbangan besar dari segi tenaga dan masa untuk memastikan kelancaran kempen kesemua calon PN sepanjang Pilihanraya Negeri (PRN) tanpa sebarang pelanggaran undang-undang pilihan raya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas program penyampaian watikah itu,bdi sini, pada Selasa, 8 Ogos

Menurutnya, program  penyerahan watikah perlantikan ini telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah.


"Saya ingin menekankan bahawa kami telah menganjurkan bengkel dan seminar, serta terlibat secara langsung dalam kempen untuk menyampaikan kepada rakyat tentang kesan keputusan petisyen pilihanraya ke atas proses kempen sepanjang PRN ini. 

 Tambahnya, semua calon PN telah mematuhi undang-undang dan peraturan pilihanraya. 

“Namun, kami telah menyaksikan bahawa calon daripada parti lawan telah melanggar peraturan, malah terdapat kes penggunaan aset kerajaan untuk tujuan berkempen. 

“Tindakan ini sangat dikesali, terutama apabila pihak ini sendiri telah memulakan petisyen pilihan raya dengan alasan sogokan.

“Ironinya, kami melihat bahawa yang sebenarnya melakukan sogokan atau berjanji untuk memberi sogokan adalah pihak tersebut," tegas beliau.

Ulasan