Ajil Yakin Ulangi Sejarah Kemenangan PRU14

 


HULU TERENGGANU - Calon PAS/PN DUN Ajil Ustaz Maliaman yakin akan mengulangi sejarah kemenangan yang diraih DUN tersebut pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

Beliau berkata, gerak kerja kempen  telah berjalan kemas dengan kerjasama semua pihak termasuk penyusunan jadual dan kehadiran para petugas sepanjang waktu.

Mantan ADUN Ajil itu juga yakin akan memenangi undi awal yang ditetapkan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) pada hari ini.

“saya berada di Balai Polis Ajil untuk meninjau proses undi awal, di sini ada 13 orang, 12 undi awal dan seorang undi pos semua anggota polis di sini, selesai urusan ada enam orang lagi yang belum mengundi.

“insya-Allah kita berkeyakinan untuk menang di peti undi ini, tahun dulu kita menang enam undi dan BN dapat lima, tajun ni lebih lagi insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui paga tadi.


Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih semua pengundi terutamanya anak-anak muda yang memberikan sokongan sangat memberangsangkan.

“kerjasama daripada semua petugas kita termasuk muslimin, muslimat, Ameerah dan juga kepada penyokong-penyokong kita,

“anak-anak muda memberikan ‘support’ yang sangat bagus, apabila kita pergi ke mana-mana anak muda datang bergambar, angkat tangan tunjuk ‘best’,” jelasnya.

Menurutnya, ia adalah sokongan moral yang amat tinggi dan memohon agar berterusan sehingga hari mengundi pada 12 Ogos ini.

“kita mengharapkan 12hb ini tercatat sebagai satu sejarah, mengulangi sejarah kemengan kita pada tahun 2018 lalu,” tegasnya


Ulasan