DUNGUN - Setiap kali tiba musim cuti sekolah, Ameerah, akan mengadakan program untuk anak-anak perempuan supaya celik Fiqah.
Ketua Ameerah DUN Rantau Abang, Ustazah Husni Nabilah Dzulkefli, berkata Ameerah(Muslimat Muda PAS) DUN mengadakan program tersebut untuk memberikan kefahaman fardhu ain kepada pelajar-pelajar yang baharu menginjak usia remaja.
"Program ini terbuka kepada mereka yang berusia sembilan hingga 17 tahun untuk meningkat kualiti solat yang lebih sempurna,
"Dan juga memantapkan kefahaman tentang ilmu haid dan istihadah, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kem Remaja Solehah(KRIS 3.0) yang diadakan Dewan PASTI Aisyah di sini pada Isnin, 28 Ogos lalu.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli yang merasmikan kem tersebut berharap para peserta akan menjadi seorang yang keperibadian yang tinggi dengan mempunyai kefahaman yang jelas tentang solat.
"Di samping itu berlaku baik kepada orang ibubapa dengan sentiasa mentaati mereka dan berlemah lembut bila berbicara, jangan sekali-kali meninggikan suara," ujarnya lagi.
Ulasan