Dakwaan 600 Ahli Bersatu Masuk Umno Tidak Benar, 'Politik Cari Makan'

 


DUNGUN - Dakwaan yang digembar-gemburkan bahawa  600 ahli BERSATU DUN Rantau Abang telah menyertai Umno adalah tidak benar dan disifatkan sebagai 'politik cari makan'.

Pengerusi BERSATU Dungun, Dato Abdul Aziz Ismail menafikan dakwaan Anwar Rosli, bahkan beliau rasa hairan kerana katanya, mereka yang muncul dalam siaran TV3 adalah ahli Umno, PKR dan mereka yang telah lama lama meninggalkan BERSATU. 

"Ahli BERSATU di Dungun ada 6,000 orang pada tahun 2020 dan kita buat pemutihan pada tahun ini 4,900 orang, 600 tu tolak lama doh, 

"dia sebenarnya hendak 'declare' ke media penipu, ini kerana PMX hendak datang ke Paka, nanti jumpa PMX tunjuk 600 orang ni, hendak tunjuk ke PMX, faham-fahamlah, PMX tidak  beri lagi projek ni, insya - Allah boleh ke dia, kenyang perut dia, " sindirnya. 


Beliau berkata demikian ketika berceramah di Taman Rakyat Jaya semalam. Turut sama ialah Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Pengarah MTD Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan AJK PAS Marang, Ustaz Zulkhairi. 

Beliau juga menyelar budaya Umno  yang sentiasa menipu setiap kali pilihan raya dan seterusnya mengajak ahli-ahli Umno untuk beralih haluan. 

"Saya mengajak ahli-ahli Umno yang berada di kampung - kampung untuk mengundi PAS dalam pilihan raya akan diadakan pada 12 Ogos nanti," ujarnya. 

Beliau berkata tujuan beliau dan rakan-rakan yang berhijrah daripada Umno kepada Bersatu keran tidak. mahu meniru perangai orang Umno dalam Umno.

Ulasan