Jangan Guna Cara Kotor


 KUALA NERUS - Jangan ada mana-mana pihak parti politik menggunakan cara kotor untuk menyekat gelombang rakyat memilih Perikatan Nasional (PN) dengan mencipta provokasi politik dengan mengaitkan perbuatan khianat seperti merosakkan bendera dan poster adalah tindakan ekstrem penyokong PN.

Calon PAS- PN Seberang Takir, Khazan Che Mat berkata cara tersebut bukan usaha yang baik bagi mengalih sokongan rakyat agar tidak lagi berpihak kepada PNPAS.

Katanya, demokrasi perlu disuburkan dengan mengadakan kempen yang sihat bukannya melalui kontroversi politik yang berupaya mencetuskan ketegangan.

"Saya lihat masyarakat sekarang sudah matang lebih-lebih kalau pengikut PAS yang telah terdidik melalui usrah agar memiliki akhlak yang baik serta mengamalkan ajaran agama.

"Saya percaya (jika) berlaku seperti poster dirosakkan, bendera-bendera BN dirosakkan itu bukan daripada perbutan ahli PAS atau PN sebaliknya ia merupakan satu usaha untuk mewujudkan persepsi tidak baik kepada PAS dan juga PN di Seberang Takir," ujarnya ketika dihubungi

"Jadi antara caranya ialah mewujudkan persepsi-persepsi tidak baik kononnya inilah permainan PAS dan PN, saya rasa perkara ini tidak akan berjaya.

"Nasihat saya kepada semua terutamanya wakil-wakil semua parti kita dalam zaman serba moden melalui teknologi maklumat kita boleh sampaikan apa juga maklumat yang kita ada.

"Saya rasa tidak perlu ada provokasi serta usaha-usaha dicipta untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan sebagainya saya percaya rakyat sudah boleh boleh menimbang dan membuat keputusan berdasarkan situasi politik negara,"ujarnya.

Dalam pada itu,beliau optimis rakyat Seberang Takir akan membuat keputusan yang tepat pada 12 Ogos nanti.

"Insya-Allah dengan wujudnya politik matang dan sejahtera ia akan membukan minda rakyat untuk memilih siapa yang sepatutnya perlu menerajui kepimpinan negeri Terengganu ini," ujarnya.

Ulasan