Kemenangan Adalah Ujian


KUALA NERUS - Disamping bersyukur, PAS menyifatkan kemenangan 'sapu bersih' pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, 12 Ogos lalu adalah satu ujian daripada Allah. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu YB Dato’ Dr Alias bin Razak, mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan tahniah serta syabas kepada jentera di semua peringkat. 

“Ini semua merukan satu ujian yang besar bagi kita semua untuk melihat bagaimana kita mensyukuri nikmat kemenangan kepada kita semua," tegasnya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi mengulas Majlis  Penyerahan Bendera Malaysia dan Keraian Petugas PRUN15 , pada Sabtu lalu.

Beliau turut berbangga dengan kesungguhan para petugas yang bertungkus lumus tanpa lelah bermula PRU15 November tahun lalu sehingga PRUN15 baru-baru ini.


”Atas usaha keras para petugas bermula PRU 15 November lalu, Allah telah berikan kemenangan diluar jangka dengan kemenangan lapan parlimen, 

"gelombang tersebut terus meningkat di semua DUN sehingga kita mencapai kemenangan 32-0 pada PRUN15 baru-baru ini,” ujar beliau. 

Tambahnya, kemenangan yang diperoleh memerlukan pemimpin dan anggota PAS melaksanakan amanah dan memberikan khidmat lebih baik kepada seluruh rakyat. 

“Kita telah diberi tanggungjawab untuk mentadbir negeri ini dengan tiada pembangkang, 

"kita mempunyai kuasa untuk melantik JPKK agar segala amanah dan khidmat yang sepatutnya diberikan dapat dijalankan dengan sebaik mungkin,” jelasnya. 

Ulasan