Kemenangan Hari Ini Adalah Pengorbanan 'As-Sabiqun'


DUNGUN - Kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 (PRUN15) 12 Ogos lalu, adalah rentetan daripada pengorbanan orang-orang terdahulu iaitu golongan As-Sabiqun. 

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata sambil mengenang kembali kepayahan pemimpin - pemimpin parti yang terdahulu berjuang dengan kepayahan dan penuh kesungguhan. 

"Saya teringat macamana Ustaz Umar Syukri memikul copong(pembesar suara) ke Pasir Raja, Bukit Besi dengan jalan tidak sebaik sekarang ini, padahal pendengarnya hanya dua, tiga orang sahaja, 

" Jadi kalau ada orang-orang 'lama' yang berjuang bersama PAS, ziarahlah mereka, minta pandangan mereka, strategi dahulu tidak sama dengan sekarang, tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat kia kutip hasil daripada pengalaman mereka sebagai ingatan kepada kita, " ujarnya lagi. 

Ahli Jawatankuasa PAS Dungun itu juga berkata demikian ketika meraikan jentera Pilihan Raya Umum Negeri ke-15(PRUN15)  Muslimat DUN tersebut yang diadakan di Pusat Tarbiyah dan Kafa Taman Permint(PUSTAKA) di sini pada 23 Ogos lepas.


Lebih 100 orang hadir di majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu juga mengajak muslimat bersama - sama membantu dan menegurnya dalam setiap apa yang berlaku di DUN tersebut.

"Tempoh lima tahun bukan waktu yang sekejap, pelbagai perkara yang berlaku akan disoal Allah di akhirat nanti jadi, ibu-ibu sekelian perbetulkanlah saya sekiranya saya silap," ujarnya yang menganggap amanah yang digalasnya amat berat.

Ulasan