Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU - Dahulunya banyak kawasan di DUN Batu Buruk parti PAS tidak boleh nak masuk untuk mengadakan apa-apa program tetapi sekarang boleh diadakan ceramah dan membina pos.
Calon PAS /Perikatan Nasional (PN) Ustaz DNNrn. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi berkata, kehadiran juga agak ramai berbanding dahulu.
"Bagi saya yang pentingnya ialah kita berjaya untuk memenangi kembali bagi memerintah Negeri Terengganu untuk penggal yang kedua.
"Kalau menang sekadar di Batu Buruk tetapi negeri tak menang maknanya tak tercapailah kita punya matlamat.
"Jadi kita nak Batu Buruk pun menang dan Dun-Dun lain insya-Allah kita akan mencapai kemenangan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau hari Pengundian Awal di perkarangan IPD Kuala Terengganu, pada 8 Ogos lalu.
Katanya, beliau melihat mood di kalangan rakyat Terengganu sangat baik dan dapat merasakan bahawa para pengundi muda khususnya memberi sokongan yang padu kepada parti PAS/PN.
"Sebagai contoh kita boleh tengok nilai -nilai dan juga apa yang tersebar di dalam media sosial yang menjadi tempat anak muda (masa kini).Kita tengok keadaan sangat positif kepada PAS/PN.
"Insya Allah saya percaya kita akan dapat mempertahankan negeri Terengganu di bawah pentadbiran PAS," ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru kepada pengundi di luar sana agar pulang ke kawasan masing-masing mengundi menunaikan tanggungjawab dan kewajipan bagi mempertahankan kerajaan yang ada sekarang.
"Tanggung jawab dan kewajiban ini dari sudut agama, kita memilih kepimpinan yang amanah dan integriti mendahului tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat serta warganegara.
"Sudah tentu dalam pilihan raya ini kita perlu memilih, jadi Islam meletakkan satu panduan kepada kita bagaimana caranya untuk kita memilih kepimpinan dan parti," kata beliau.
Beliau menambah, sekiranya terdapat pertembungan antara yang baik dan jahat kena memiilih pemimpin telus.
"Antara sama-sama baik maka kita pilih mana yang terbaik.
"Jadi kita lihat dalam konteks negeri Terengganu kalau kita bandingkan antara PAS dan BNPH Saya yakin bahawa PAS/PN adalah terbaik dalam semua aspek," tambah Khalil lagi.
Ulasan