Mandat Wadah Untuk Berbakti

 


DUNGUN - Mandat yang diamanahkan sebagai wakil rakyat menjadi peluang dan ruang untuk berbakti kepada masyarakat melalui wadah siasah dengan sebaiknya.

Calon PAS/ PN yang menang dalam saingan PRN bagi DUN Sura Sabtu lepas, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berikrar akan memberikan sepenuh tenaganya untuk khidmat kepada rakyat 

Katanya, beliau juga akan meneruskan legasi terbaik yang telah ditinggalkan oleh mantan ADUN terdahulu iaitu Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Cikgu Wan Hapandi Wan Nik. 

"Harapan saya untuk memperkasakan pembangunan pendidikan duniawi dan ukhrawi kepada warga Sura," katanya ketika dihubungi hari ini di sini. 


Dr. Tengku Fakhruddin telah berjaya memenangi kerusi N27 Sura yang memperolehi  sebanyak 17,395 undi telah menewaskan calon Pakatan Harapan(PH), Othman Omar dengan majoriti 13,848 undi. 

Selain itu tambah calon anak muda itu, beliau akab membawa suara rakan sebayanya untuk memenuhi impian mereka. 

"memastikan hasrat anak-anak muda disampaikan dan membawa suara mereka ke Persidangan DUN, terutamanya usaha menaik taraf kemudahan dan pembangunan sukan.

"saya juga berhasrat untuk meningkatkan sosio-ekonomi warga DUN Sura, insya-Allah," tegasnya. 

Ulasan