Pangkah PAS Untuk Hidup Sejahtera


DUNGUN - Rakyat Terengganu diseru supaya keluar mengundi beramai-ramai dan  memangkah PAS supaya parti itu dapat meneruskan agenda untuk kesejahteraan rakyat.

Harapan menggunung tinggi itu disampaikan oleh Calon PAS N26 Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sambil menambah banyak lagi PAS akan laksanakan jika dipilih.

"Tidak ada projek membazir duit rakyat malah PAS berjaya menyiapkan projek-projek terbengkalai yang ditinggalkan begitu sahaja oleh Umno," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditemui selepas tinjauan beliau di tempat mengundi awal di Ibu pejabat Polis Daerah(IPD) Dungun semalam memberitahu di DUN Rantau Abang seramai 483 orang terlibat .

"Proses pembuangan undi berjalan lancar, mereka yang keluar mengundi hari ini adalah terdiri antaranya petugas keselamatan serta ahli keluarga mereka dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) yang mana mereka akan bertugas di hari mengundi pada 12 Ogos nanti," katanya. 

Kerusi DUN Rantau Abang telah dimenangi PAS selama dua penggal menerusi Cikgu Alias Harun yang memenangi dengan majoriti 141 undi di PRU13 dan 4452 ketika PRU14.

Ulasan