Pengguguran Timbalan Pendakwa Raya Kes Ahmad Zahid Taktik Melambatkan

 


KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Terengganu berpandangan, tindakan mengeluarkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan rasuah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah satu taktik untuk melambat-lambat kes tersebut.

Setiausahanya, Datuk Fariz Irwan Mustafa berkata, ia dibuat supaya kes berprofil tinggi itu tidak dibicarakan dan ditangguh selepas pilihan raya.

“Ini proses biasa sebenarnya, pendakwaan menukar ketua pendakwaan ataupun menggantikan dengan anggota lain. Tapi prosedur biasa ia tidak memerlukan penangguhan. 

“Kalau pihak AG sudah bersedia sebenarnya dia boleh jalan terus hari tu sebab pasukan pendakwa ada dua tiga orang anggota, bukan seorang, dia tidak akan menjejaskan keseluruhan pasukan pendakwa untuk kes Zahid Hamidi ni.” Jekasnya ketika dihubungi.

Oleh itu menurutnya, taktik dalam bidang undang-undang itu sengaja dibuat untuk melengah-lengahkan masa ataupun melambat-lambatkan supaya kes ini ditangguh tangguh  sehingga satu masa. yang difikirkan sesuai.

“Tetapi saya tidak bercadang untuk mengkritik lroses ini, cuma disaat-saat pilih raya ini tetapi sepatutnya permohonan ni tidak sepatutnya dibuat, 

“tidak sepatutnya dilakukan kerana ia akan menimbulkan persepsi orang ramai bahawa kerajaan hari ni 'condone' kepada tindakan Zahid Hamidi yang sebelum ni pun sudah melaung-laungkan berlaku, mengeluarkan bantuan, sehari sebelum penamaan calon dan imej ini terpalit kepada kerajaan yang dikatakan madani ini.” tambah beliau.

Justeru LUHAM mempersoalkan bagaimana tindakan kerajaan pusat itu dibuat sedangan PMX sering bercakap tentang tata kelola yang bersih, tata kelola  yang adil dan bijaksana?

“Saya fikir tidak perlu sebenarnya tindakan tindakan seperti ini yang akan menunjukkan bahawa kerajaan Madani ini tidak peka dan tidak sensitif kepada isu-isu macam ini. 

“Jadi saya harap pihak kerajaan seharusnya menimbangkan untuk membuat permohonan permohonan begini tapi pihak  ‘AG Chamber’, saya tidak pasti sama ada faktor  dalaman ataupun ada faktor luaran,” tegas beliau.

Ulasan