Rakyat Sudah Pandai Menilai


KUALA TERENGGANU - Rakyat hari ini sudah pandai menilai dan bijak membuat keputusan dengan memilih pemimpin yang berintegriti dan parti yang tidak menipu.

 Penolong Setiausaha I, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr  Ustaz  Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Rakyat menilai kesemua isu-isu negara kita dengan melihat pelbagai aspek dan faktor.

"Sebagai contoh kalau kita lihat dari sudut janji dalam pilihan raya, rakyat menilai siapa yang berjanji, yang tunaikan janji. sebagai contoh PH dalam kempen mereka, 

" mereka begitu agresif, berjanji hendak buat macam-macam, janji hendak hapuskan tol, janji hendak hapuskan PTPTN, janji - janji tidak ditunaikan, jadi rakyat menilai, rakyat cerdik dapat maklumat begitu cepat pada hari ini," jelasnya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu berkata demikian ketika bersiaran di TVDarul Iman menerusi rancangan Bicara Khas Exco pada Selasa 22 Ogos. 

Tambahnya, berbeza pula, di pihak PAS dan Perikatan Nasional(PN) yang berjanji dengan tawaran - tawaran yang munasabah 

"Orang Terengganu kata, 'jijak' bermakna tawaran kita bersandarkan kepada kajian-kajian yang dibuat bukan  cakap kosong, bukan hanya semata-mata untuk meraih sokongan,

" Tempoh dua  penggal pemerintahan PAS Negeri Terengganu ini dari 2018 sehingga Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu ke 15(PRN15,) kesemua 20 manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat, kita tunai dan laksanakan, " ujarnya lagi.

Ulasan