"Saya Sudah Bersedia"


Oleh ; Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - Calon N15 DUN Ladang, Zuraida Md Noor sudah Bersedia meneruskan legasi yang dilakukan oleh Mantan ADUN Ladang, Dato' Haji Tengku Hassan Tengku Omar sebelum ini sekiranya diberi mandat PAS menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke -15.

Beliau yang mesra dipanggil Kak Da berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau hari Pengundian Awal di perkarangan IPD Kuala Terengganu, pada, semalam.

"Kak Da akan teruskan legasi yang mana berkhidmat dengan cukup baik, cemerlang.

"dan kita menjadi buah mulut orang yang mana saya ni penganti Dato. (kata masyarakat sekitar DUN Ladang) bagus nanti  buat macam Dato maksudnya rakyat boleh membuka mata serta menilai selama 15 tahun, tiga penggal apa yang Dato buat," jelasnya.

Katanya, gerak kerja kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke -15  berjalan dengan lancar.

"Saya tengok  sepanjang 10 hari berkempen alhamdulillah  penerimaan rakyat cukup baik.

"Sebab di DUN Ladang sudah tiga penggal  PAS menang berturut-turut jadi sokongan rakyat insya-Allah baik," katanya.

Menurutnya, jumlah pengundi DUN Ladang adalah seramai 26300 dan mereka menginap di kawasan bandar serta sebahagian mereka tinggal di pinggir.

"Rakyat cukup terbuka menerima wakil rakyat samada wanita ataupun lelaki tiada masalah asalkan kita mampu berkhidmat untuk rakyat, insya-Allah.

Justeru itu, beliau menyeru kepada para pengundi  yang tinggal di luar negeri Terengganu dapat pulang pada 12 Ogos untuk zahirkan sokongan kepada PAS.

"Kita nak kerajaan kita kekal memerintah. Satu undi sangat berharga dan kita sama-sama terjemahkan sokongan dengan kita memangkah PAS.

"Semua perantau kita balik laksanakan tugas dan tanggungjawab, insya Allah," tambahnya lagi.

Ulasan