Usaha Luar Biasa Keluar Hasil Dengan Undi


Oleh : Rohayati Ripin 

KUALA TERENGGANU - Komitmen kempen dan usaha luar biasa yang ditunjukkan oleh jentera daripada PAS  akan mengeluarkan hasilnya dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke 15.

Calon PAS/ PN N13 Wakaf Mempelam Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, gerak kerja berjalan dengan lancar dan  mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya  Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

"Bukti yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan PAS bermula 2018 hingga sekarang di mana rekod yang ada sepanjang lima tahun pentadbiran di bawah Menteri Besar, Dato' Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan rekod cemerlang .

"Antara bukti ialah kejayaan melunaskan 20 manifesto yang dijalankan oleh PAS sewaktu kempen PRU14," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, kerajaan PAS berjaya memerintah negeri Terengganu selama lima tahun dengan rekod pemerintahan yang baik.

"Bukti yang paling kuat di samping kita melaksanakan dan melakukan pembaikian ataupun pembetulan terhadap semua isu yang menjadi ketika pemerintahan BN sebelum 2018.

"Alhamdulillah bila (negeri Terengganu)di ambil oleh PAS, kita baik pulih dan menyelesaikan isu tertunggak," jelasnya.

Beliau menambah, rakyat boleh menilai dengan mata zahir apa yang kerajaan sudah lakukan sepanjang sepenggal memerintah.

"Bukti-bukti rakyat boleh lihat dengan praktikal bukan rakyat lihat dengan ceramah bagaimana kejayaan pentadbiran di bawah Kerajaan PAS berjaya laksanakan tugas sebagai kerajaan yang begitu meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang utama.

"Matlamat dan harapan kami meneruskan gerak kerja agenda menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju berkait dan sejahtera dengan lebih hebat lagi pada penggal akan datang, insya Allah," kata Wan Sukairi.

Justeru itu, beliau menyeru kepada anak-anak Terengganu dibperantauan agar pulang ke kampung halaman tunaikan hak lima tahun sekali.

"Demi untuk kebajikan , kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan rakyat serta kerajaan Terengganu," tambah beliau.

Ulasan