Warga Dungun Setuju Undi PAS


DUNGUN - Berdasarkan komen-komen di media sosial dan juga hasil temubual di lapangan, rata rata warga Dungun bersetuju untuk memberi undi kepada calon PAS di keempat - empat DUN. 

Mengulas lanjut, Ketua Media Baharu PAS Dungun, Asyraf Azhar berkata rakyat melihat satu perubahan ketara apabila wakil-wakil PAS berjaya memulihkan negeri ini dari kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dahulu. 

"Melalui kajian penyelidik Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS), sokongan kepada kerajaan sekarang adalah 85%, semua berpuas hati dengan gerak kerja dan usaha - usaha kerajaan dalam mentadbir negeri ini. 

" Kita percaya rakyat dapat melihat PAS adalah yang paling amanah dalam menjaga kebajikan, kewangan, agama, bangsa dan negeri, amalan merasuah pengundi tidak pernah ada dalam kamus calon-calon  PAS," jelasnya panjang lebar. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi pesanan ringkas kepada pemberita di sini semalam. 


Katanya, sepanjang tempoh berkempen tersebut, pendekatan yang diguna pakai adalah turun mendekati rakyat dan mendengar aduan. 

"Menerangkan tawaran-tawaran PAS Terengganu, menceritakan kejayaan-kejayaan di DUN - DUN dan negeri, berjumpa dengan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan, ikon anak muda, tokoh-tokoh dalam kampung, agamawan-agamawan dan Alhamdulillah rakyat menerima dengan baik, 

"Calon-calon juga ada menyantuni 'orang orang Umno' sendiri dan mendengar masalah mereka, ada yang menyatakan sokongan kepada PAS selepas temu mata tersebut dilakukan, "jelasnya dengan panjang lebar. 

Menurutnya, kempen melalui media sosial sangatlah mencabar kerana pihak menghadapi pelbagai serangan dari 'fake account' dan pihak yang dibayar khas. 

"Namun Alhamdulillah dengan sokongan yang kuat dari team media empat dun, kita berjaya menenggelamkan unsur-unsur tersebut dan kita menguasai media sosial kawasan Dungun, 

"Pasukan media PAS hari ini bukanlah seperti tahun 2014 dahulu, kami sudah melalui satu fasa revolusi dimana hampir 80% adalah anak muda yang celik IT. Facebook, tiktok, instagram, twitter, Video, gambar, poster, bahan-bahan sebaran semuanya diolah berdasarkan peredaran zaman sekarang.


"Kempen terakhir adalah seruan calon-calon PAS kepada semua perantau dan pengundi luar untuk pulang membawa undi yang sangat berharga. Kewajipan mengundi itu membawa kebaikan kepada negeri dan Negara ," ujarnya.

Ulasan