Muslimat Tekad Kerja Tiga Kali Lipat

 


KUALA TERENGGANU - Muslimat PAS Terengganu bertekad akan bekerja tiga kali lipat untuk mempertahankan kemenangan  32 - 0 DUN Terengganu di Pilihan Raya Umum ke 16(PRU16) nanti.

Ketuanya, To' Puan Zarani Othman melahirkan keazaman tersebut sambil berkata jika di PRN15 kita bekerja tiga kali ganda tetapi diatas kepercayaan rakyat Terengganu yang memberi undi kepada PAS, muslimat akan tingkatkan lagi.

"Untuk mempertahankan kemenangan ini bukan mudah, jadi kita akan bekerja untuk mempertahankan dengan sembilan kali ganda, 

" Program Jaulah ke Pulau Perhentian  antaranya tanda Muslimat cakna rakyat, untuk mengenali lebih dekat kehidupan  rakyat di sini, keperitan hidup mereka  dalam situasi sekarang dengan kenaikan harga barang. 

" Kepayahan hidup mereka yang ada tinggal tujuh keluarga dalam satu rumah, bila tiba musim tengkujuh kemasukan pelancong ke pulau itu dibekukan beberapa bulan setiap tahun, jadi mereka ketiadaan pendapatan, ini kehidupan mereka yang memerlukan kita bantu untuk cari penyelesaiannya, 

" Ini juga membuktikan kerja kita tidak bermusim, walaupun baru lepas pilihan raya, kita sambung kerja kerana bagi kita kita akan terus bekerja untuk bekalan ke akhirat," jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini. 


Rombongan seramai 26 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu itu telah berada di sana selama tiga hari bermula 11 September.

Sempena lawatan tersebut juga, To' Puan Zarani telah merasmikan penubuhan Muslimat PAS Cawangan Pulau Perhentian  dengan Normurni Shamsudin telah dilantik sebagai Ketua Muslimat yang pertama. 

Sementara itu, ketika merasmikan program tersebut Pengarah MTD Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berharap Muslimat Cawangan menggunakan peluang kunjungan itu menimba ilmu sebanyak mungkin.

"Semoga, insya-Allah semua penduduk di pulau ini menjadi ahli dan penyokong PAS," katanya.

Selain ziarah ke rumah - rumah yang terpilih turut diadakan sukaneka di hari kedua program itu yang bertujuan untuk mengenali lebih dekat masyarakat di sana.

Ulasan