PRK Atau Rayuan, Tunggu Keputusan Bertulis

 


KUALA TERENGGANU - PAS menunggu keputusan bertulis Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini pada Selasa lalu yang menerima petisyen difailkan membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman dari Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas meneliti dokumen penghakiman itu,  mesyuarat akan membuat keputusan sama ada memfailkan rayuan atau sebaliknya 

"Belum tahu lagi, kami naj tunggu 'written judgement' daripada hakim untuk meniliti apa yang diputuskan,

"Lepas tu baru PAS buat keputusan, saya jangka ada mesyuarat, sekarang ni belum dipanggil lagi," jelasnya 

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian selepas Majlis Sambutan MaulidurRasul hari ini.

Oleh itu, beliau berharap PAS dapat menerita keputusan hakim terbabit pada hari Isnin depan.

Menururnya, PAS bersedia sama ada pilihanraya atau tidak, tetapi bergantung kepada apa yanh dinyatakan dalam dokumen tersebut.

"Kita bersedia dengan apa juga kemungkinan dan insya-Allah akan menang dalam pilihan raya kecil sekiranya diadakan berdasarkan 'mood' semasa," tambah beliau.

Ulasan