Jangan Tebuk Bahtera Kapal - Abdul Hadi


SHAH ALAM – Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati agar jangan menjadi ahli yang menebuk batera kapal.

Abdul Hadi mengumpamakan demikian sekiranya terdapat kelemahan, jangan menumpang utk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, jangan dedahkan kelemahan dan berusaha menyelesaikan kelemahan tersebut secara dalaman.

“Terutamanya calon muslimat yang menang, kerana banyak keterbatasan dan tanggungjawab lain perlu mereka pikul.

“ Oleh itu cawangan haruslah berperanan sebaiknya membantu adun masing-masing,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan ketika Muktamar Tahunan Pas kali ke 69 bertempat di IDCC Shah Alam, di sini semalam.

Tambah Abdul Hadi, PAS juga merupakan parti yang membantu Kerajaan.

Tambahnya, disini terletak peranan cawangan-cawangan yang memnangi pilihan raya lepas untuk membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing. 

“PAS membawa konsep Parti menguasai Kerajaan yang selaras dengan perlembagaan PAS Fasa 48D. 

“Demi melicinkan lagi pentadbiran, PAS mewujudkan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh pemimpin PAS pusat.

“Dewan Harian yang berkebolehan yang berganding bahu dengan tokoh-tokoh terkemuka yang terpilih untuk memandu kerajaan negeri.

“Selain itu, semua menteri besar dari negeri yang PAS kuasa dimasukkan dalam organisasi dewan harian. 

“Mereka ini diwajib untuk hadir ke setiap mesyuarat dewan harian yang diadakan,” ujarnya.

Ulasan