Media Terbatas Menyebabkan Maklumat Tak Sampai


SHAH ALAM - Media terbatas menyebabkan maklumat dan kebenaran yang disalurkan oleh PAS tidak sampai kepada orang bukan Islam.

Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengenalpasti kelemahan dalam menarik sokongan pengundi bukan Islam.

"Kelemahan itu diketahui selepas melakukan post mortem prestasi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

"Selain itu, diganggu oleh dakyah-dakyah yang negatif terhadap islam yang bukan sahaja di peringkat nasional bahkan antarabangsa,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 bertempat di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.

Tambah Abdul Hadi ketika berucap pada program berkenaan, kerajaan pada hari ini juga bersifat double standard sehingga melanggar prinsip demokrasi.

“Pada PRU15 lalu, PAS telah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu-Islam.

“Sekali gus menyaksikan Pas menang 43 kerusi Parlimen, yang merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah 71 tahun penubuhannya hasil kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN)," ujarnya.

Ulasan