Pencapaian PN Hadiah Bermakna Kepada Presiden


Shah Alam - Pencapaian Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan rakyat menjadi hadiah bermakna kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hasssan berkata, dimana Presiden PAS itu bersama Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah cemerlang mengemudi gabungan ini.


Termasuk telah berjaya mengadakan kerjasama mewujudkan kerjasama antara Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis melalui perjanjian SG4. 


“Secara khususnya saya kira pencapaian sebagai hadiah yang paling bermakna kepada Presiden PAS sempena genap usianya 76 hari ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika memulakan ucapan alu-aluan di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69, di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, ketika saat PAS bermuktamar pada hari ini, rakyat di Palestin berdepan dengan konflik kemanusiaan yang paling zalim di abad ini.


"Muktamar kali ini dengan penuh keinsafan dan kesedaran bersolidariti bersama rakyat Palestin mengutuk keras perbuatan dan tindakan jenayah zalim rejim Zionis Israel.


“Lebih mendukacitakan juga dasar dan tindakan kuasa-kuasa Barat yang turut sama mempertahankan dan menyokong rejim berkenaan,” hujahnya.

Ulasan