Sasar 1000 Tenaga Mahir Menjelang 2027


Oleh : Rohayati Ripin 


BESUT - Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu menyasarkan 1000 tenaga mahir , dilatih menjelang pilihan raya umum ke-16, tahun 2027.


Ketuanya, Hajah Maznah Maftahuddin berkata, ia adalah penambahbaikan untuk media sosial pada masa akan datang.


"Dalam perbincangan yang dibuat kita dapat pelan tindakan jangka pendek dan panjang. 


"Berdasarkan perbincangan terdapat tiga unit kita perkasakan, samada kemahiran, kualiti, kuantiti penceramah kita lipat gandakan," jelasnya.



Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas program Liqa Mahabah bersama Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut pada Sabtu, 14 Oktober.


Antara yang diperlukan ialah pereka kandungan, content creator, wartawan,juru video, jurugambar dan editor video.


"Bersyukur ada anak muda pakar dalam media baharu untuk kita ke depan lagi bagi menguasai bidang media baharu agar tersebar dengan baik dan 'efisien' lagi.


"Selepas kemenagan kita kena balik pada tanggungjawab asasi menyampaikan dakwah. 



"Sekarang kita kena luaskan sasaran dalam bentuk dakwah mengajak orang Islam kembali kepada mengenali negara dan pemerintahan Islam sebenarnya," ujar Maznah.


Beliau menambah, unit produksi adalah sangat penting dan berkait rapat dan hanya di negeri Terengganu sahaja ada penyiaran LUBNA TV.


"Perkasakan lantik petugas, kalau duit itu jadi masalah jadi tak geraklah.


"Kita nak lantik orang ,setiap kawasan kita huyer jadi admin... Lajnah Penerangan akan cuba bawa ke Dewan Muslimat dan kawasan bawa usaha yang sama," tambah beliau lagi.

Ulasan