SG4; Tidak Timbul Isu Kerjasama Dengan Persekutuan


 KUALA TERENGGANU - Tidak timbul isu tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan apabila telah diwujudkan 'State Government 4' (SG4).


Naib Presiden PAS  Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, segelintir pandangan yang menyatakan empat negeri mahu bergerak sendiri tanpa penglibatan Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat.


"Kerana kita mengambil nilai dan inspirasi menurut Perlembagaan melalui jadul 9 dengan pelbagai bidang kuasa peringkat negeri.


"Kita akan pertingkatkan lagi 'self- sustain index' di peringkag negeri-negeri dalam masa yang sama menekankan kerjasama dengan kerajaan persekutuan," ujarnya.


Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata demikian melaluo kenyataan di laman sosial rasminya.


Tambah beliu lagi, kewujudan SG4 adalah ubtuk bergerak pantas demi memajukan negeri.


"Kita tidak ingin mengacau mana-mana pihak, terpulang kepada mereka.


"Mana-mana yang merasa perlu bergerak pantas, maka Alhamdulillah boleh sama-sama bergerak pantas.


"Kita juga tidak ingin menyaingi, 'we dont't want to compete with anybody, kita nak senya boleh bekerjasama. Inilah point utama," ujarnya.

Ulasan