Sokongan Orang Ramai Beri Kekuatan Penghidap Kanser

 


Oleh : Liya Zaliya 

KUALA NERUS - Orang ramai seharusnya memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada penghidap kanser agar mereka terus kuat serta berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan.

 

 Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Marang, To Puan Sri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman  berkata  kempen yang bertemakan ' Kerana Diri Mu Begitu Berharga' itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang penyakit kanser payudara. 

"Kempen ini adalah satu usaha yang baik untuk memberi sokongan moral dan bantuan kepada pesakit kanser payudara  yang merupakan kanser paling kerap menyerang wanita di Malaysia.


Beliau  berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara  di sini pada  Sabtu, 28 Oktober. 

Beliau juga menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payudara sebelum ia merebak.

“Kanser payudara boleh dirawat jika ia dikesan pada peringkat awal. Oleh itu, saya menggesa semua wanita untuk melakukan pemeriksaan payudara secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar jika ada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan,” katanya.



Ulasan