Taufan Al-Aqsa : Sumbangan Kita Untuk Cukupkan Keperluan


Oleh: Fatimah Din

Gambar : Media Presiden PAS

MARANG- Operasi Taufan Al-Aqsa yang digerakkan HAMAS dalam membebaskan Palestin  amat memerlukan sumbangan rakyat Malaysia untuk mencukupkan pelbagai bekalan dari segi senjata, makanan dan tenaga ketenteraan. 

Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Yang Berhormat Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata,  sekiranya orang Palestin tidak cukup, perlu tambah untuk bantu kemenangan mereka. 

"Kita perlu bersedia sekadar kemampuan dan keupayaan , cukup dengan ikhlas , maka Allah akan bantu, jika tidak ikhlas ada kereta kebal, ada duit tapi Allah tak bantu pun , tak menjadi juga.

"Sebab Allah dah berfirman tak akan berlaku kiamat selagi orang yahudi ini tidak ditawan oleh orang Islam," jelasnya.


Beliau berkata demikian  di Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Rusila di sini pada Jumaat, 13 Oktober. 

Tegasnya lagi,  ada negara Barat yang secara terbuka menyokong Israel, sedangkan secara undang-undang antarabangsa peperangan telah dilanggar oleh mereka sendiri.

"Oleh itu, jangan dengar berita dari media barat ini," katanya kepada kira-kira 1000 orang yang hadir bersolidariti selepas solat Jumaat. 

Sementara itu, wakil Palestin, Syeikh Abdul Kareem 'Alyaan turut menyeru kepada seluruh umat Islam Malaysia untuk bersama bersolidariti dengan membantu memberikan sokongan kepada Palestin.

"Setiap orang telah menyaksikan zionis membunuh kanak-kanak dan wanita, jadi jangan sesekali bersekongkol dengan zionis" katanya kepada hadirin yang hadir.

Ulasan