Dr. Sam Calon PAS Untuk Rakyat Kemaman

 


KEMAMAN - Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr. Sam) menjadi pilihan PAS untuk rakyat sebagai calon 040 Parlimen Kemaman bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2 Disember depan.

Timbalan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengisyrihar demikian berkata PAS menerima lima nama cadangan, calon PRK itu dan dinilai oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, menurut kehendak syariat.

Katanya pada Majlis engisytiharan Calon Pilihanraya Kecil (PRK) parlimen itu di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square di sini semalam, antara lima tokoh itu PAS memilih calon bertarikh lahir 16 November 1970.

Menurutnya Dr.Sam mempunyai kelayakan sebagai calon kerana prestasi cemerlang dalam mentadbir negeri Terengganu sebagai Menteri Besar.


Terdahulu Dato' Seri Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meminta tindak balas orang ramai mengenai kelahiran mereka pada tarikh lahir sama dengan tarikh lahir Dr Ahmad Samsuri.

Terdapat kira-kira enam orang bertarikh lahir sama dengan calon tersebut yang hadir mendengar ceramah di majlis berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa, Setiauasa Agung PAS Pusat, Datuk Takiyudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Satiful Bahri Mamat, Ketua Badan Perhubungan  BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Che Alias Hamid.

Dato' Seri Tuan Ibrahim turut menegaskan, calon PAS diminta bersumpah dengan nama Allah sebagai komitmen untuk memikul amanah yang bakal dipertangungjawabkan sampai akhirat.

Ulasan