'Kambing Hitam' Umno-BN

 


Oleh ; Rohayati Ripin 


KEMAMAN - Pencalonan bekas Jeneral Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor disifatkan sebagai 'kambing hitam' dipaksa memikul tanggungjawab politik Umno-BN yang semakin lemah.


Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata, beliau diketegorikan sebagai boneka mainan.

 

"Kalau Umno menghargai bekas General tak sepatutnya Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor

 jadi calon belasahan.


"Dia tak sepatutnya bertanding tetapi dia selayaknya dilantik Senator macam mana Zafrul dianggap professional dalam ekonomi dan kewangan


"Kena ingat depan dia yang mulia maknanya orang kayangan dan  bukan macam Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat PAS Kemaman, pada Khamis, 23 November.


Menurutnya, khidmat masyarakat ini mungkin dianggap sukar oleh golongan berpendapatan tinggi dan 

orang kayangan tak mampu melakukannya.


"Kalau dia nak ambil alih parlimen Kemaman..saya rasa tak sesuai sebab prestasi dia kat Lembaga Tabung pun sangat memalukan. bukan setakat kapal tempur pesisir pantai (LCS).


"Kalau diceritakan tanah dicagarkan kepada syarikat yang bukan bumiputera KL Kepong .dialah Pengerusi dan sekarang masih kekal lagi," katanya.


Beliau menambah, semasa beliau memegang sebagai Pengerusi Lembaga tabung, kerajaan mengalami kerugian di mana projek LCS masih berjalan perlahan.


"Sekarang ini takde kuasa lagi (sebagai ahli Parlimen) dengan modal bukan sikit berbilion di Lembaga tabung itupun gagal, dan kerajaan terpaksa topup balik.


"Kalau itu dia tak boleh nak buat apatah lagi nak jaga sini.


"Bagi saya tak layak nak buat kerja kat Lembaga Tabung. 


"Nak buat berjumpa dengan orang ramai dan masyarakat lagi teruk," tambah beliau.

Ulasan