Kerajaan PAS-PN Terengganu Capai Standard ‘Good Governance'


KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS-PN Terengganu diisytiharkan bersih dari sebarang amalan penyalahgunaan kuasa dan rasuah mencapai standard ‘Good Governance’ kerana dua tahun Ketua Audit Negara tidak menegur pengurusan kewangan dan urus tadbir negeri itu.

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu Datuk Razali Idris berkata ini kerana tidak ada ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan PAS Terengganu sehingga hari ini.

“Ini bermakna pemerintahan kita (PAS-PN) selama ini bersih, tidak berlaku salah guna kuasa, rasuah dan integriti yang sangat kuat.

“Sebab itu rakyat Terengganu tidak percaya dua pilihan raya peringkat parlimen Kemaman dan Kuala Terengganu sebelum ini berlaku amalan rasuah,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kecil (PRK) P040 Kemaman di Padang Astaka, Chukai di sini pada 10 November. 

Turut hadir Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang.

Datuk Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri seterusnya berkata jentera pilihanraya Perikatan Nasional (PN) perlu bekerja keras bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dan memastikan majoriti bertambah lebih dari 27,179 undi.

Untk rekod kemenangan Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU15) Parlimen Kemaman diisytiharkan sebagai terbatal oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana berlaku insiden dianggap rasuah dan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Calon PAS, Che Alias Hamid mendapat 65,714 undi mengalah tiga pencabarnya termasuk Calon Barisan Naional (BN) Dato’ Seri Ahmad Said (38,535), calon Pakatan Harapan (PH) Hasuni Sudin (8,340) dan calon PEJUANG Rosli Ab Ghani (506).

Ulasan