Lebih Ramai Akan Meninggal 'Secara Tragis'


 Lebih ramai pesakit, termasuk, bayi pramatang "secara tragis" telah dan akan meninggal dunia di Gaza yang sedang bergolak.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus telah memberi amaran tentang situasi "mengerikan dan berbahaya" di hospital Gaza.

Beliau berkata, Dua hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa dan Al-Quds, kedua-duanya telah pun ditutup. 

Penembak tepat Israel terus menembak sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa, memerangkap ribuan orang di dalamnya.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata keadaan di mana orang awam berpindah di Semenanjung Gaza adalah "tidak menentu dan tidak selamat".

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah Josep Borrell berkata "jeda" diperlukan untuk membolehkan pemindahan pesakit hospital yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Lebih 11,100 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. 

Walau bagaimana pun jumlah itu tidak dikemas kini sejak hubungan terputus dengan hospital utama pada hari Jumaat.  AJE

Ulasan