Pandang Serius Isu Cabar Kanun Jenayah Syariah Kelantan




KUALA NERUS - Kerajaan PAS Negeri Terengganu memandang serius isu mencabar Kanun Syariah Kelantan yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. 

Mengulas lanjut, Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata jika diperhalusi sebenarnya terdapat beberapa peruntukan dalam enakmen Kanun Syariah Negeri Terengganu hampir sama dengan peruntukan yang dicabar. 

"Justeru, sedikit sebanyak, keputusan kepada kes itu akan memberi impak atau kesan kepada Perundangan Syariah di negeri ini," jelasnya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Wacana Perundangan Syariah Terengganu yang diadakan di  Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus pada Khamis, 16 September. 

Menurutnya, program itu bertujuan untuk mengajak seluruh umat Islam agar bersama-sama mempertahankan hak berkaitan Undang-Undang Syariah di Malaysia. 

"Di samping menunjukkan kesatuan umat Islam dalam menanggani isu-isu yang timbul berkaitan kes Enakmen Syariah di Malaysia," katanya lagi.

Ulasan