PAS Yakin Pertahankan Parlimen Kemaman

 


KEMAMAN - PAS Kemaman melahirkan keyakinan akan mempertahankan kemenangan Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) P040 Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember nanti. 

Walau bagaimanapun, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid mengingatkan jentera muslimat agarjangan berasa angkuh, sombong dengan kemenangan besar yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) tahun lalu. 

" Kerana musuh akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan dan menambah majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia," tegasnya. 

Beliau yang merupakan mantan Ahli Parlimen Kemaman itu berkata demikian ketika berucap di Himpunan Jentera Muslimat dan Ameerah P040 Kemaman yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pagi tadi. 

Himpunan tersebut telah  berjaya menghimpunkan 900 orang muslimat dan Ameerah(Muslimat Muda PAS) dari seluruh Terengganu. 


Turut hadir  ialah Ahli Jawatankuasa(AJK) PAS Pusat iaitu Datuk Ustazah Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, AJK Muslimat Malaysia, Dr Ustazah Siti Mastura Muhammad dan Zuraida  Md Noor, Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Naib YDP PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh dan  Ketua Muslimat Kemaman, Ustazah Fainah Mat. 

Menurut Ustaz Che Alias PRK terpakai diadakan  akibat Umno - Barisan Nasional tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU15 yang lalu.

"Musuh kita yang angkuh sombong tidak dapat menerima kemenangan kita dan kekalahan dia dalam pilihan raya yang lepas dengan majoriti 27,000, 

" Kita berdepan dan kita akan bekerja bersungguh-sungguh dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

" Insya-Allah dengan izin Allah, yang pastinya kita berusaha untuk menambah undi yang diperolehi dalam PRU yang lalu," katanya lagi.

Ulasan