PASTI DUNGUN Pertahan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI



DUNGUN - PASTI Kawasan Dungun mempertahankan  kejayaannya tahun lalu, apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan  Alam Ria PASTI Negeri Terengganu 2023.

Pengerusi PASTI Kawasan Dungun, Muhamad Fauzi Mahammad Khairudin yang melahirkan kesyukuran di atas kejayaan dapat mengekalkan Anugerah Johan Keseluruhan untuk  kedua kali acara  daripada 11 yang dipertandingkan. 

"Iaitu acara sajak kategori lelaki dan perempuan, bercerita lelaki, azan dan pidato, 

" Kejayaan ini membuktikan hubungan yang baik, kerjasama dan  kesungguhan daripada para guru, ibu bapa, jurulatih dan pengurusan PASTi mampu membuahkan hasil yang sangat baik dan memuaskan," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini semalam. 

 Menurutnya, PASTI Kawasan Dungun berkeyakinan bahawa anak-anak PASTi sangat berbakat dan berkebolehan. 

" Oleh itu kami menjadikan Alam Ria sebagai medan terbaik  mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi.

" Insyaallah kita akan teruskan semangat ini untuk membawa nama Terengganu ke pentas Alam Ria PASTi Malaysia di Perlis nanti, doakan, " ujarnya.

Acara pada tahun  ini diadakan i Taman Tamadun Islam,  Sabtu 4 November. 


Ulasan