KEMAMAN - Kerajaan Madani ditegur kerana mengambil masa yang lama dan tiada tindakan pro-aktif untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang kian meruncing.
Pengerusi Perikanan Nasional, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin menempelak Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim, sudah setahun tetapi masih tidak nampak jalan penyelesaian.
" Apa dah jadi, banyak dulu penganalisis ekonomi kata Anwar Ibrahim ini hebat adalah 'amongst the best to become a Prime Minister,
" Sekarang ini, dah mengata balik tak sangka Anwar Ibrahim yang dikatakan cukup hebat tetapi tidak dapat menyelesaikan ekonomi negara, salah satu daripadanya.
" Dia sibuk untuk menonjolkan dirinya sebagai negarawan ulung seantero dunia,
"Dalam keadaan ekonomi belum baik, jangan pergilah, kalau penting, hantarlah Timbalan Perdana Menteri yang ramai itu buat apa?
" Lantik buat apa, balik dua tiga hari, terbang lagi, " tegurnya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah sempena Pilihan Raya Kecil(PRK) Kemaman di Markas Unit Daerah Mengundi(UDM) Rantau Petronas, Dataran Bazaar Kampung Baru Kerteh di sini pada malam 27 Disember.
Katanya, semasa PN mentadbir negara, kerajaan prihatin, tahu dan cuba menyelesaikan masalah rakyat, tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah rakyat.
"Walaupun kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, tetapi kita berjaya memastikan bakul makan untuk rakyat," ujarnya.
Ulasan