Tingkatkan Kekuatan Dalaman

 


Oleh ; Rohayati Ripin 

SETIU - Muslimat diseru agar meningkatkan lagi kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa yang berlaku pada hari ini.

Timbalan Yang di Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Nazari Alias berkata, ia adalah antara elemen penting yang perlu ada bagi setiap individu.

"Tujuan yang utama program ini adalah merapatkan ukhuwah," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan program Tamrin Qiadi di Kompleks Tarbiah Luqmanul Hakim (KTLH), Setiu pada Jumaat, 3 November.


Katanya, PAS kawasan Setiu siap siaga membantu dalam gerak kerja untuk memenangkan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember 2023.

"Jabatan Penerangan Negeri (JPN) dah atur jadual dan lokasi untuk jentera setiap DUN turun membantu.

"Setiap DUN dah berhubung dengan mereka dan jentera kita akan turun dalam masa terdekat secara sepenuh masa dan juga bergilir-gilir," katanya.

Ulasan