"Insya Allah, majoriti yang begitu tinggi yang kita capai pada hari di Parlimen Kemaman adalah hasil dari kerja keras semua pihak," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman keputusan PRK anjuran PAS Terengganu 040 Kemaman, Dewan Arena Square, Chukai, Kemaman, pada semalam.
Katanya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya mencipta kejayaan lebih besar apabila mendapat majoriti sebanyak 37, 220 berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 27, 179.
"Kepada semua yang berada di hadapan saya, para pengundi Parlimen Kemaman, penduduk dalam daerah ini, semua petugas, dan jentera DUN-DUN di Negeri Terengganu, serta warga dari negeri-negeri seluruh Malaysia yang turut sama hadir ke Parlimen Kemaman untuk terlibat dalam aktiviti proses demokrasi pilihan raya.
"Dari sudut hati saya terima kasih yang tidak terhingga di atas semua kerja keras semua termasuklah kepada pengundi dan penduduk di daerah Kemaman ini," ujarnya.
Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua unit-unit beruniform , polis , bomba, Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR), petugas kesihatan dan semua pegawai kerajaan yang terlibat dalam proses pilihan raya ini.
Ulasan