KEMAMAN - Pengundi P040 Kemaman diseru keluar mengundi pada 2 Disember untuk menyelamatkan Islam berkuasa di negara ini.
Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengambil iktibar yang berlaku di Palestin, Hamas sanggup berperang untuk mempertahankan kuasa orang Islam.
"Tetapi kita di sini, pilihan raya sahajapun, kita hanya pangkah dengan. pensil sahaja, tidak sanggup juga,
" Dok rok cetong, tak taulah apa nak jadi, terima laknat Allahlah., nauzubillah, jangan sampai Allah laknat kita., keluarlah mengundi, Allah beri jalan mudah, jalan pilihan raya bukan kena berperang macam Palestin, keluarlah, mengundi je.," rayu beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Ceramah Perdana Sempena Grand Finale PRK 040 Kemaman di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square di sini sebentar tadi.
Menurut beliau, pentingnya tanggungjawab orang Islam mempertahankan, kedudukan Islam.
"Inilah makna pilihan raya, . makna pilih raya ini, kita masih ada wakil rakyat yang ramai,
" kena tolak calon Umno yang sekarang ini dia bergabung dengan Dap, yang bergabung dengan Pakatan Harapan(PH) yang pragmatik, yang menolak kepimpinan Melayu Islam, sebab itu wajib orang Islam kena tolak, tidak boleh, kena pilih calon yang kita cadangkan ini.. Ini kita kena sedar, " tegas beliau lagi.
Ulasan