Kembalikan Pemerintahan Islam Kewajipan Paling Besar Umat


KUALA NERUS - Kewajipan paling besar terhadap umat Islam hari ini ialah mengembalikan semula pemerintahan Islam yang menjadi syarat utama syariatnya untuk dilaksanakan. 

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata umat Islam mesti ada kuasa kerana  tanpanya syariat Islam yang menyeluruh tidak dapat dilaksanakan dan ini menjadi cabaran sangat besar untuk mengembalikannya dalam kehidupan umat Islam hari ini. 

"Walaupun akal kata tidak munasabah tetapi kita sebagai orang Islam kena ikut, itu maksud kita orang Islam kena ikut syariat Islam. 

" Sistem syariat Islam ini, bila dilaksanakan akan terserlah keadilannya, akan terserlah rahmatnya dan akan terserlah benarnya ia daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Beliau menjelaskan demikian ketika menjadi ahli panel Wacana Keindahan Syariat Islam dan Perlaksanaannya di Dewan Auditorium Stadium Tertutup Gong Badak di sini pada pagi 7 Disember. 

Majlis yang turut menampilkan AJK Muslimat PAS Malaysia, Dato Mumtaz Mat Nawi sebagai panelis itu menerima kehadiran diluar jangkaan rakyat Terengganu. 

Menurut Dr Muhammad Khalil, sebab itu di mana sahaja ada usaha di negara,  negeri atau wilayah untuk melaksanakan syariat Islam akan ditentang, dihalang,  di momok dan dituduh dengan pelbagai tohmahan yang jahat. 

"Ini i sudah menjadi trend seluruh dunia musuh-musuh Islam. kerana mereka tahu kalau syariat dilaksanakan dengan menyeluruh maka sistem yang ada pada hari ini akan ditolak, 

"Jadi bila syariat Islam dilaksanakan semua sistem akan mengikut apa yang di gariskan oleh Allah Taala," jelasnya lagi.

Ulasan