Sifat 'Besar ๐—žepala' ๐—ฃ๐—›๐—•๐—ก ๐—ฅugikan Negara

 


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius sifat 'Besar Kepala' komponen kerajaan yang tidak membawa faedah bahkan banyak merugikan rakyat dan negara.

Ketuanya Ustaz Mohd Harun Esa berkata, majoriti penduduk menentang isu pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persempadanan semula kawasan yang cuba digagaskan oleh parti DAP. 

"Tindakan besar kepala DAP untuk melaksanakan pilihanraya PBT dan persempadanan kawasan pilihanraya ini merupakan langkah awal bagi mengubah struktur politik Malaysia.

"Tidak pelik tindakan yang begitu berstrategi dari DAP apabila mula-mula mentadbir kerajaan Malaysia bersama-sama parti komponen PH/BN yang lain mengfokuskan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berada dibawah kepimpinan utama DAP." kata beliau dakam satu kenyataan 

Agendanya jelas tegas beliau, kedua-dua perkara tersebut cuba mewujudkan konsep 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu sehingga memecah belahkan integrasi kaum di negara ini.

"Peristiwa 13 Mei 1969, merupakan peristiwa yang sepatutnya diambil iktibar oleh semua rakyat khususnya kerajaan hari ini agar keharmonian masyarakat majmuk dapat dipertahankan." jelasnya.

Namun sebaliknya, kata beliau, parti komponen yang bersama dalam komponen PHBN sebelum ini begitu lantang untuk menyatakan Melayu akan terbela tetapi kini membisu dan membuta.

"lebih membimbangkan, parti yang sebelum ini menyatakan membela Melayu dan Islam semakin tunduk dengan tuntutan DAP." tegas Ustaz Harun

Justeru itu, DPPNT mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian negara ini  bersama-sama mendesak kerajaan Madani untuk membatalkan hasrat parti komponen PHBN untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihanraya dan pilihanraya PBT bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada negara ini.

Ulasan