100 SukarelawanTerengganu Bina Dua Buah Rumah Di Selatan Thai


KUALA TERENGGANU - 100 orang sukarelawan pelbagai Badan Bukan Kerajaan(NGO) Negeri Terengganu bergotong royong membina dua buah rumah  mangsa banjir yang terjejas teruk di Selatan Thai. .


Sukarelawan Pertubuhan Prihatin DUN Wakaf Mempelam (Wam Care), Azizah Mahmood berkata  Misi Banjir ke Selatan Thailand, WAM Care bersama  NGO Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu(Prihatin Terengganu) dan Gong Tok Nasek (GTN) Care dengan kerjasama Surau Al Hikmah.


"Misi yang bermula pada 5 hingga 7 Januari itu di ketuai oleh Saudara Asmawi Mokhtar yang juga Pengerusi Prihatin  Terengganu.



" Manakala WAM Care diketuai Saudara Rosdi Ibrahim dan seramai 15 orang sukarelawan  turut menyertai misi ini, "katanya. 


Azizah berkata demikian ketika dihubungi di sini pada 6 Januari. 


Menurutnya, Selatan Thai telah  terjejas teruk dengan paras air melebihi bumbung rumah. kerja-kerja membina rumah dan membersih  di Narathiwat telah berlangsung selama dua hari di Kampung Banggol  Stor dan Pekan Tanjung Emas, Narathiwat.



" Selama tempoh dua hari sukarelawan berjaya membina sebuah rumah dan melakukan kerja kerja pembersihan.


" Sebelum itu, sukarelawan-sukarelawan ini telah disambut oleh Ketua Kampung Saudara Sukri dan Penghulu Tuan Haji Kamaruzaman ketika mereka tiba untuk sessi taklimat .


" Semoga usaha dari sukarelawan Terengganu ini mampu menaikkan nama kerajaan negeri Terengganu amnya dan Wakaf Mempelam khususnya.," ujarnya lagi.



Ulasan