DAP Dan Bukan Islam Diingatkan Jangan Masuk Campur Urusan Agama Umat Islam


Orang kafir semakin biadab kepada umat Islam di negara ini. Setiap hari pasti ada hantaran² menghina, memperlekeh dan meremeh umat dan agama Islam. 


Ngeh Koo Ham, Adun Beruas pada tahun lepas mencadangkan supaya ada pakar di kalangan kafir menyertai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.


Sepatutnya ini tidak berlaku dalam suasana iltizam kerajaan perpaduan. Walaupun beliau telah meminta maaf, ia tetap memberi implikasi buruk dalam kalangan masyarakat berbulang kaum di Malaysia ini dan seolah² suatu suasana kondusif untuk kafir semakin berani campurtangan dalam urusan agama Islam. Ini suatu penghinaan terhadap Islam dan umatnya. 


Saya dengar juga jauh² cadangan supaya orang bukan Islam patut berada dalam jawatankuasa masjid! Pada November tahun lepas ada Adun kafir di Melaka mencadangkan kafir patut menganggotai Jawatankuasa Masjid. Kegilaan apakah ini?


Tahun lepas kita digusarkan dengan isu MCCBCHST (Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikhism dan Taoism) cuba menghalang pelaksanaan silibus hadis 40 dalam kurikulum kebangsaan. 


Terkini, hantaran² dan komen biadab di medsos terhadap hukum haram menyimpan patung bagi orang dewasa. Komen² ini bukan sahaja datang dari kafir bahkan yang muslim sendiri! Dek kerana kejahilan mereka, mereka persenda dan perlekeh hukum fiqh yang dinaqalkan khususnya oleh Ustaz Azhar Idrus. 


Untuk makluman, hukum haram menyimpan patung (termasuklah teddy bear atau apa² patung sekalipun) bukanlah pendapat UAI atau para asatizah tetapi ia datang dari para ulamak mujtahid yang menghuraikan dalil Qur'an dan Hadis. 


Golongan kafir harus ingat umat Islam tertakluk kepada panduan Qur'an dan Sunnah. Semua aspek kehidupan kami sepatutnya dipandu oleh nas Qur'an dan Hadis. Tiada istilah sekularisme dalam hidup muslim. Dari sekecil² perkara hinggalah sebesar²nya. Semuanya ada hukum hakam. Wajib, sunat, harus, makruh dan haram. 


Haram maksudnya kalau buat dapat dosa. Dosa bawa ke neraka. Takkan bawa ke syurga pula. Ini aqidah kami. Kepercayaan kami. Justeru, bagi kami agama kami, bagi kamu agama kamu. 


Kami tak campurtangan kepercayaan kamu, adat dan ibadat agama kamu. Jangan cuba campurtangan urusan agama kami juga. Kita sepatutnya saling menghormati antara satu sama lain. But when you cross the boundaries, we have to act! 


Inilah bahananya kalau seorang Perdana Menteri terlalu lunak dengan kafir. Sengaja memberi ruang kepada kafir campurtangan dalam urusan umat Islam. 


Sedangkan umat Islam tidak mencampuri urusan agama selain Islam. Ini terbukti tiada kes umat Islam menghina atau buat kenyataan mencampuri urusan agama lain. 


Apa lagi nak tunggu? Sudah banyak aspek mereka cuba campurtangan. Dari pendidikan, undang², hukum hakam fiqh, sehinggalah pengurusan masjid dan mungkin banyak lagi. 


Bangkitlah wahai umat Islam. Sanggupkah kamu lihat penghinaan demi penghinaan terus berlaku? Tiada maruahkah kita? Di mana tahap iman kita? Nak tunggu apa lagi terjadi? 


Wan Mohd Faizul Wan Abas

Presiden 

GERAKAN ANAK TERENGGANU INSAF

11 Januari 2024

Ulasan