BESUT - Jika sebelum ini, pelbagai pihak tampil menyalurkan air bersih ke DUN Kota Putera, sebaliknya Muslimat PAS Besut mengambil inisiatif menyumbang bahan mentah untuk masakan.
Ketua Muslimat Besut, Ustazah Fadilah Syed Hamid berkata pihaknya merasa terpanggil untuk turut sama membantu memandangkan kehadiran ramai sukeralawan yang bertugas mengagihkan air dalam Misi Bantuan Bekalan Air di DUN Kota Putera.
"Jadi menerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS, kita menyumbang barangan dapur untuk menyediakan makanan kepada sukeralawan yang bertungkus lumus berkerja," katanya
Beliau yang ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kota Putera, di sini selepas menyerahkan sumbangan tersebut pada 15 Januari.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Besut, Rosimah Salleh berharap semoga dapat meringankan perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak DUN Kota Putera sementara menunggu proses pembaikian paip selesai.
"Dengan sekadar yang kami mampu, kami harap dapat meringankan sedikit bebanan yang sekarang ni mengalami krisis air," ujarnya.
Ulasan