Seluruh dunia menyaksikan melalui media bebas tiada sempadan, betapa kekejaman melampau Zionis dengan nama negara haram Israel yang diwujudkan melalui rompakan, tidak berubah amalannya sejak dahulu kala sehingga kini, malah tidak terlindung lagi betapa ganasnya mereka.
Kalau dahulu mereka membunuh para anbiya’, manusia terbaik pilihan Allah dan orang-orang baik yang menegakkan kebenaran, kini mereka membunuh pula kanak-kanak, warga tua, dan kaum wanita. Sehingga mereka bertindak menyerang hospital, sekolah, rumah ibadat, malah termasuk khemah pelarian yang daif tempat berlindung serta kawasan perkuburan; ini menunjukkan sifat tidak berperikemanusiaan mereka.
Sehinggakan, kenyataan terbuka para pemimpin mereka menganggap bangsa bukan Yahudi ialah binatang berupa manusia yang boleh dihapuskan. Namun, negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah bermati-matian bersama Zionis, bahkan menjadikan Zionis sebagai rakan akrab sehidup semati.
Pendedahan oleh Afrika Selatan secara terbuka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai betapa jenayah tidak berperikemanusiaan oleh Israel tidak mampu dinafikan oleh pihak Israel, sehingga dapat disaksikan secara langsung oleh seluruh pelosok dunia. Namun, negara Barat bersekutu tetap bersama negara haram Israel.
Barat bukan sahaja membekalkan segala jenis senjata, bahkan terlibat berperang secara nyata dan tidak boleh bersembunyi. Serangan Amerika Syarikat dan British ke atas Yaman ialah penglibatan secara langsung dalam peperangan bagi membantu Israel dan demi menyelamatkan ekonomi negara haram itu, disebabkan sekatan Yaman terhadap Israel.
Adapun kebanyakan negara Islam dan Arab pula mengecewakan. Mereka hanya menjadi penonton atau ada yang menjadi buah catur yang diatur oleh Zionis dan negara sekutunya, supaya melakukan normalisasi terhadap Zionis yang nyata kekejamannya. Zionis juga memaksa Palestin menjadi mangsa kekejaman yang paling dahsyat itu untuk mengikuti arahan, supaya Palestin menyerah kalah, rakyat asalnya berpindah mengikut tempat yang ditentukan oleh Zionis, atau mewujudkan negara boneka kepada Zionis.
Sebenarnya, keseluruhan negara sekutu telah dikuasai oleh syaitan Zionis melalui jenteranya yang bernama Freemason dan cabang-cabang Zionis yang telah berjaya masuk ke dalam gerakan politik, ekonomi, media, pendidikan, sehinggalah hiburan dan lain-lain dalam negara tersebut.
Walaupun berlaku kebangkitan rakyat yang berperikemanusiaan melakukan protes terbuka terhadap kerajaan mereka dan adanya pungutan suara yang majoriti mempamerkan kebencian terhadap Zionis kerana keganasan yang berlaku, keadaan tersebut tidak mampu mengubah sikap kerajaan masing-masing yang terus mahu sehidup semati dengan negara Zionis itu.
Perlu diketahui bahawa Zionis telah berjaya meletakkan ahlinya ke dalam parti-parti yang berkuasa memerintah negara tersebut atau sesiapa sahaja yang boleh digunakan oleh Zionis menjadi alatnya. Maka, calon-calon tersebut dimenangkan melalui pilihan raya demokrasi secara rasuah dan menipu bagi memenangkan sesiapa sahaja yang paling kuat bersama Zionis.
Sehinggakan, semua negara tersebut dapat mempengaruhi semua pertubuhan antarabangsa; bermula daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), sehinggalah agensi media yang paling besar dan berpengaruh.
Negara-negara tersebut sebenarnya terlibat secara langsung dalam menubuhkan negara haram Israel di Palestin, dengan merompak tanah air daripada rakyat asal Palestin secara ganas pada tahun 1948. Israel dibekalkan pula dengan segala senjata, termasuk senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.
Selain itu, diwujudkan pangkalan-pangkalan tentera yang menjaga keselamatan Israel, iaitu suatu perkara yang lebih penting daripada telaga minyak yang juga menjadi keutamaan ekonominya, termasuk keselamatan negara sahabatnya daripada negara Arab dan Islam yang boleh ditukar pemimpin dan kerajaannya mengikut keperluan negara haram Israel.
Adapun negara-negara Arab dan Islam yang mengecewakan telah disusun kuasa dan kedudukan mereka sejak pembahagian Perjanjian Sykes-Picot dan lain-lain di negara masing-masing dengan sogokan takhta. Selepas itu, mereka turut disogok dengan harta yang menarik nafsu manusia sehingga meninggalkan pegangan agama mereka dan hilang jiwa bangsa mereka. Akhirnya, mereka dimasukkan sama dalam rangkaian Freemason dan Zionis, sehinggalah digerakkan oleh Mossad dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk dicatur pada bila-bila masa.
Perasaan kemanusiaan hilang dengan menyokong penubuhan negara haram Israel walaupun secara merampas tanah air daripada penduduk asal yang benar-benar berhak, dan diberikan kepada yang tidak berhak dari segi sejarahnya yang sebenar.
Alasan agama yang menjadi hujah kepada Zionis hakikatnya telah hilang kelayakan kerana mereka tidak beragama lagi. Hal ini dinyatakan sendiri oleh kalangan penganut agama Yahudi yang sebenar kerana dosa mereka. Sehinggakan, kedatangan mereka di Palestin dianggap menggali kubur diri mereka sendiri yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah SWT:
﴿… وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٦١﴾
“…Ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]
Firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ ٨٧﴾
“Dan sesungguhnya, Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada ‘Isa putera Maryam, dan Kami memperkuatnya dengan Ruh al-Qudus. Apakah setiap kali datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu, lalu kamu menyombong. Maka, beberapa orang (antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Surah al-Baqarah: 87]
Kepada penganut Islam, diharamkan bersama Zionis kerana merosakkan aqidah dan membatalkan iman. Firman Allah SWT:
﴿۞يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥١﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin; sebahagian mereka ialah pemimpin bagi sebahagian yang lain! Sesiapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya, orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya, Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Surah al-Ma’idah: 51]
Adapun kalangan bukan Islam menolaknya kerana sifat kemanusiaan menolak fahaman Zionisme. Firman Allah SWT:
﴿قُلۡ هَلۡ أُنَبِّئُكُم بِشَرّٖ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيۡهِ وَجَعَلَ مِنۡهُمُ ٱلۡقِرَدَةَ وَٱلۡخَنَازِيرَ وَعَبَدَ وَعَبَدَ ٱلطَّـٰغُوتَ ۚ أُوْلَـٰٓئِكَ شَرّٞ مَّكَانٗا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ ٦٠﴾
“Katakanlah, ‘Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya daripada (orang-orang fasiq) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah taghut?’ Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat daripada jalan yang lurus.” [Surah al-Ma’idah: 60]
Kini, kita menyaksikan seluruh dunia menyatakan kebencian terhadap Zionis.
Kepada negara Islam dan Arab yang mengecewakan Palestin atau bersama Israel, sama ada kalian tidak beriman kepada amaran Allah ataupun buta al-Quran.
Pergantungan negara haram Israel kepada bantuan negara sekutu kuasa besar dunia menandakan saat kelemahannya. Maka, tiada guna kepada negara Islam dan Arab bernaung di bawah bayangannya.
Sabda Rasulullah SAW:
لَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ.
“Masih ada dalam kalangan umatku kumpulan yang bangun menegakkan perintah Allah (memenangkan Islam), mereka tidak boleh dimudaratkan oleh sesiapa yang menentang dan mengecewakan mereka, sehingga datangnya keputusan Allah (memenangkan mereka) dalam keadaan mereka terus berjuang.” [Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, No. 3641, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, No. 1037, daripada Mu‘awiyah bin Abi Sufyan. Lafaz hadis bagi al-Bukhari]
Seluruh dunia terkini dapat menyaksikan kumpulan Islam yang berjuang mengikut adab dan hukum Islam yang tidak melampau dalam berperang, kerana mereka menjadikan sasaran tentera sahaja yang diserang.
Tindakan ini berbeza dengan Zionis dan negara sekutunya yang paling banyak dan paling canggih memiliki senjata, tetapi paling melampau dalam peperangan dengan menjadikan sasaran mereka ialah rakyat lemah yang tidak berperang, seperti kanak-kanak, kaum wanita, warga tua, dan pesakit yang sedang dirawat, sehingga menggerakkan protes daripada rakyat yang berperikemanusiaan di seluruh pelosok dunia. Tidak ramai para mujahidin yang gugur syahid berbanding rakyat awam yang syahid, sebaliknya pihak musuh yang terbunuh makin ramai jumlahnya.
Allah mendedahkan bahawa Zionis dan sekutunya yang tidak berakal dan penakut dalam peperangan, pasti akan menerima kekalahan pada akhirnya. Firman Allah SWT:
﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤﴾
“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu.’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa-apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]
Firman Allah SWT:
﴿لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ ١٤﴾
“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya, mereka ialah kaum yang tidak mengerti.” [Surah al-Hashr: 14]
Allah menyebut bahawa mereka dibinasakan beberapa kali dan akan dibinasakan pada akhirnya. Firman Allah SWT:
﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَآءِيْلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُـُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧﴾
“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada kedua-dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6) Jika kamu berbuat baik, (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa-apa saja yang mereka kuasai. (7)” [Surah al-Isra’: 4–7]
Segala usaha perdamaian dengan Israel, khususnya yang dibawa oleh negara Barat dan sekutunya adalah pembohongan dan penipuan. Hal ini demikian kerana, semuanya berpihak kepada negara haram itu yang terus membuat kenyataan untuk meneruskan perjuangan menegakkan negara agung Israel yang ingin menakluk dunia, termasuk semua Tanah Suci umat Islam: Makkah, Madinah, dan Bait al-Maqdis.
Allah membawa iktibar yang berterusan dengan berlangsungnya bala tentera Ahzab yang datang menyerang Islam, umat, dan tanah airnya. Firman Allah SWT:
﴿وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤﴾
“Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (22) Antara orang-orang Mukmin itu, ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka, antara mereka ada yang gugur dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu. Dan mereka tidak merobah (janji mereka). (23) Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenaran mereka, dan menyeksa orang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (24)” [Surah al-Ahzab: 22–24]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Rajab 1445 / 18 Januari 2024
Ulasan