Penantian 15 Tahun Berakhir, 348 Pemohon Terima Notis 5A

 


Oleh :  Abay Cik, Mohd Fauzi Mat Adam

MARANG - Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 348 pemohon lot Tanah Kediaman di RTB Bukit Mak Abu dan RTB Sungai Kerak 4, Fasa 3, di sini, apabila Kerajaan Negeri ‘mengurniakan’ Notis 5A kepada mereka selepas penantian lebih 15 tahun.


Lebih bermakna, geran tanah berkenaan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, di Dewan Utama Masjis Daerah Marang, Kampung Paya, Ahad lepas.

Ahmad Samsuri berkata, kepada yang mendapat tanah ini, manfaatkanlah sebaik mungkin tanah yang diberikan untuk membina rumah dan keluarga bahagia.


“Jadikanlah tanah itu sebagai motivasi untuk meneruskan aktiviti pekerjaan masing-masing supaya mencapai impian untuk mendirikan rumah di tapak itu.

“Kesemua pemohon diberi tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan proses pemilikan secara dan boleh mengemukan rayuan tiga bulan lagi jika tidak mampu dalam tiga bulan pertama,” kata beliau yang juga Naib Presiden PAS, dalam majlis itu.

Sehubungan itu, seorang penerima Zamri Ishak, bersyukur kerana penantian tempoh yang Panjang itu akhirnya membawa sinar cahaya.


“alhamdulillah, dapat tanah bagi mendirikan rumah akhirnya menjadi kenyataan dengan bantuan kerajaan PAS Terengganu yang mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, YB Ustaz Sulaiman Sulong serta Pegawai Daerah dan Tanah (PDT) Marang, YBrs Encik Zulkifly bin Isa.

Katanya Zulkifly, pemilik lot tanah diingatkan supaya menjelaskan bayaran premium mengikut tempoh ditetapkan dalam Notis 5A selain melunaskan cukai tanah yang dikenakan.



Ulasan