Perlu Bantuan Ringankan Beban Ditanggung

 


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU - Hafizah Zulkifli, 26, memerlukan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban keluarga yang kini sedang berjuang meneruskan hidup.

Abdullah Fawwaz Soufi, 26, mengalami kemalangan di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit hampir sebulan yang lalu hanya terlantar tanpa dapat berubat apa-apa.

Beliau merupakan tenaga pengajar di Madrasah Darul Falah, Batu Rakit.

"Kata doktor suami saya kemungkinan hanya terlantar dan memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya, 

"Dalam dua tahun akan menggunakan kerusi roda," kata Hafizah ketika dihubungi semalam.

Akibat kemalangan itu, suaminya mengalami patah kaki, pendarahan dalam kepala, luka di beberapa bahagian dan kini terbaring di hospital hanya mampu minum susu.

"Suami saya tak dapat nak makan, hanya dapat minum susu sahaja, setin tu hanya untuk tiga hari sahaja. 

"Begitu juga dengan pampers pakai buang," katanya.

Hafizah, yang kini hamil tujuh bulan dengan tiga orang anak, bergantung sepenuhnya pada suaminya sebelum ini aktif dalam kerja kebajikan sebagai Setiausaha Jabatan Amal Dun Batu Rakit.

Justeru itu, sesiapa yang ingin menyumbang boleh menerusi akaun CIMB Bank, 763275156 (Hafizah Zulkifli) dan sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon 0148254672.

Sementara itu, Ketua Ameerah Kawasan Setiu, Dr Zakiyah Ahmad berkata, beliau berharap keluarga Hafizah dapat bersabar dan harap dapat hadapi ujian dengan tenang.

"Semoga Allah memberi kesembuhan dan kekuatan mereka yang diuji dengan kesakitan," tambah Zakiyah.

Ulasan